Friday, February 25, 2011

hanya mampu berserah....

tatkala kini aku berada di kampung, rasa nyaman berada di kampung terlari sekejap dek tugasan yang sangat banyak di Penang. aku hampir terlupa yang aku sedang meneruskan kehidupan bergelar seorang manusia. jam di komputer menunjukkan pukul 2.17 pagi, aku masih tidak boleh lelapkan mata. bukannya aku tak nak lelap, tapi memang tak boleh. sebenarnya aku sedang menanti kehadiran seseorang yang aku sangat rindu dan sayangi. jauhnya dia....jauh sangat...dalam kerinduan itu aku dikejutkan dengan beberapa kejadian. Ya Allah..... besar sungguh dugaan mu, tetapi aku tetap akan menepuhnya dengan kesabaran yang aku miliki...ianya rasa tak teucap dengan kata-kata, sukar untuk aku meluahkan saat ini...




aku percaya setiap yang di rancang tidak semestinya akn menjadi kenyataan...manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukan perkara itu jadi ke tak hanyalah ALLAH S.W.T.
besar sungguh nikmat yang engkau kurniakan...engkau tahu apa yang akan berlaku masa hadapan dan kemuncaknya...hanya engkau Ya Allah... Hanya engkau...
aku akan pasrah dengan setiap ketentuan mu...aku memohon maaf kerana terlupa sesaat tentang kekuasaanmu..aku tahu aku hanya insan yang tidak sempurna dan tidak mampu untuk berbicara lebih dengan ketentuan mu...
aku pasrah dengan setiap yang engkau ujikan kepadaku..
setiap ujian yang hadir mematangkan aku sebgai seorang manusia yang bersedia menghadapi cabaran hari esok.


semakin rancak jariku di papan kekunci komputer semakin deras air mataku...
aku tidak mampu bertahan untuk menghalangnya daripada mengalir bercucuran..
kuatkan aku Ya Allah dalam menghadapi ujian mu ini...
hanya padamu tempat ku berserah...
setiap perkara yang berlaku mesti ada sebab dan hikmahnya....


tetapi jauh di sudut hatiku, aku impikan damai yang badi agar aku boleh mencapai sedikit kebahagiaan di dunia ini...
berilah peluang dan ruang kepadaku Ya ALLAH...
moga mendapat keberkatannya...
amin..........

Wednesday, February 23, 2011

tika malam berlabuh..aku masih setia di sini..
wahai kekanda ku sayang..di manakah engkau pujaan hati ku?
aku hanya mampu termenung di jendela yang kusam sambil memerhatikan dua tiga orang yang sedang menjamu selera di kafe...keseorangan...itulah yang aku lalui sekarang..
jari rancak menari di papan komputer riba sedangkan orang lain tidak dapat memerhatikan ku..aku rindu semua...







sekarang sudah hujung bulan februari, begiru pantas masa berlalu tanpa aku sedari
hari berganti hari, minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan..
sudah tidak ku sangka aku akan menamatkan zaman bujangku pada bulan 6 pada tahun 2011 ini. aku masih tidak percaya apa yang berlaku adakah ini satu mimpi..oh..tidak..
ini kenyataan...
teruskanlah menghadapi masa akan datang agar menemui kekuatan yang baharu...
amin...