
aku percaya setiap yang di rancang tidak semestinya akn menjadi kenyataan...manusia hanya mampu merancang tetapi yang menentukan perkara itu jadi ke tak hanyalah ALLAH S.W.T.
besar sungguh nikmat yang engkau kurniakan...engkau tahu apa yang akan berlaku masa hadapan dan kemuncaknya...hanya engkau Ya Allah... Hanya engkau...
aku akan pasrah dengan setiap ketentuan mu...aku memohon maaf kerana terlupa sesaat tentang kekuasaanmu..aku tahu aku hanya insan yang tidak sempurna dan tidak mampu untuk berbicara lebih dengan ketentuan mu...
aku pasrah dengan setiap yang engkau ujikan kepadaku..
setiap ujian yang hadir mematangkan aku sebgai seorang manusia yang bersedia menghadapi cabaran hari esok.
semakin rancak jariku di papan kekunci komputer semakin deras air mataku...
aku tidak mampu bertahan untuk menghalangnya daripada mengalir bercucuran..
kuatkan aku Ya Allah dalam menghadapi ujian mu ini...
hanya padamu tempat ku berserah...
setiap perkara yang berlaku mesti ada sebab dan hikmahnya....
tetapi jauh di sudut hatiku, aku impikan damai yang badi agar aku boleh mencapai sedikit kebahagiaan di dunia ini...
berilah peluang dan ruang kepadaku Ya ALLAH...
moga mendapat keberkatannya...
amin..........
No comments:
Post a Comment